Wednesday, November 16, 2011

Perkataan Pertama...Abah...

Wednesday, November 16, 2011 0
Abah tersangat suka bila Putri dah pandai menyebut Abah...tambahan, itu merupakan perkataan pertama yang Putri boleh sebut.

Mama pun cemburu...hehe...

Sekarang usia Putri dah menjangkau 9 bulan...Putri pun dah boleh merangkak sikit-sikit...dan paling Putri suka sekarang ni adalah memanjat...huhu...

Abah merasakan terlalu cepat masa berjalan dan masih susah nak percaya yang Abah sudah punya anak sebesar Putri...Melihat sahaja gelagat Putri buat Abah happy sangat...disamping Mama yang setia bersama, membuatkan Abah merasakan apa itu bahagia.

Abah bersyukur dikurniakan anak secomel Putri dan isteri yang memahami seperti Mama..

Tuesday, June 28, 2011

3 Februari 2011

Tuesday, June 28, 2011 0
Hari ketika Tahun Baru China disambut dan semua rakyat Malaysia bercuti panjang sempena cuti umum, Abah pula bergelumang, terkontang kanting seorang diri dengan kerisauan bersarang di jiwa melihat keadaan Mama yang akan melahirkan Putri.

“Pintu” untuk Putri keluar, terbuka sedikit demi sedikit dan  panggilan telefon dari nurse ketika Abah sedang tidur dalam bilik wad,

“encik, jangan pergi mana-mana, iyer…isteri encik dah nak bersalin”

Abah tau, masanya sudah terlalu hampir...
Abah terus bergegas mendapatkan Mama di Labour Room.
Semua persediaan telah disediakan.

Doktor masuk, 2 orang nurse berdiri di sebelah kiri dan kanan Mama.

“ikut arahan saya iyer, bila saya suruh push…push…
“push macam nak teran sembelit tu”

Abah memerhatikan keadaan ketika tu, tak semudah doctor cakap…Mama yang terpaksa berpuasa dan tak mempunyai tenaga yang secukupnya membuatkan proses kelahiran Putri ketika itu agak tidak berjalan lancar.
Pengalaman serta ilmu yang boleh dikatakan tiada untuk “meneran”  membuatkan Putri agak lama di “pintu”, menanti untuk keluar.

Doktor cuba menggunakan “vacum”, namun tidak semena-mena dan dengan bantuan nurse serta usaha yang dilakukan oleh Mama teran dan terus meneran, dan akhirnya….

Putri selamat lahir ke dunia tepat jam 3.30 petang. Sempurna sifatnya….Alhamdulillah…

Selepas doctor bersihkan Putri…Abah iqamahkan kalimah suci di telinga Putri…dan berita gembira kelahiran Putri Abah sampaikan kepada Tok yang dalam perjalanan ke KL ketika itu dan nenek di Batu Pahat, Johor.

Alhamdulillah…
Syukur Alhamdulillah…

9 Bulan


Kalau Abah nak ceritakan suka duka Abah dan Mama sepanjang Putri berada dalam kandungan, tentu sekali terukir senyuman di bibir Abah dengan telatah Mama, apabila kesabaran Abah yang tak dapat dikawal dan hati Mama yang tersangatlah tipis dan mudah terguris, pasti meninggalkan sejarahnya yang tersendiri.

Selama 9 bulan itu juga, banyak perkara baru yang Abah dan Mama belajar.

Perkembangan Putri dalam kandungan kami belajar pada setiap bulan. Semuanya pengalaman yang teramat indah untuk kami rasai.

Saat apabila Putri sudah mula memberikan pergerakan, dan Abah dan Mama dapat rasakan pergerakan Putri itu dengan meletakkan tapak tangan kami di perut Mama. Saat ketika Putri rancak bergerak dan bila Mama panggil Abah, terus Putri diam, macam dengar jer Mama panggil Abah.
Kenangan itu terlalu berharga pada diri Abah.

Setiap masa juga, doa sentiasa meniti di bibir Abah agar Putri dan Mama diberikan kesihatan yang paling sempurna.

Ha..Abah ada teringat satu lagi simptom masa Mama mengandungkan Putri, waktu tu makan Roti John, Abah makan biasa jer, tapi Mama kata ada rasa kulit telur…beriya-iya Mama nak suruh Abah percaya tentang perasaan lidah dia tu…tapi Abah senyum jer…hehe

Dan satu lagi, sifat pelupa Mama, menjadi-jadi…terlupa letak handphone kat mana la, terlupa nak bawa payung balik rumah la, itu la, ini la…entahla, sememangnya Mama tu pelupa ke, atau disebabkan pregnant, Abah pun tak dapat nak pastikan…haha
Namun semuanya diharungi dengan pelbagai perasaan. Ada ketika sedih, menangis mengalir air mata…ada ketika ketawa berdekah-dekah…

Persediaan untuk menerima kehadiran Putri telah pun Abah dan Mama lakukan sejak usia Putri 5 bulan dalam kandungan.

Terima kasih kepada Mak Long, Pak Long, dan yang paling penting Tok dan Tok Wan kat Kedah yang paling banyak berjasa dalam memastikan kesihatan Putri terjamin. Sampai demam-demam Tok bila asyik berulang alik Kedah-KL…

Dari sekecil sarung kaki hinggalah sebesar rumah kami fikirkan. Semuanya kerana Putri. Berpindah dari Seri  Petaling, KL ke Taman Saga, Ampang semata-mata untuk memastikan Putri mendapat pengasuh yang baik selepas 3 bulan berpantang bersama Mama.

Selepas hampir 9 bulan dan ketika semuanya kami pastikan lengkap, maka bermulalah detik Abah dan Mama menghitung hari…

Monday, June 27, 2011

KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital

Monday, June 27, 2011 0
Abah pilih hospital KPJ Ampang Puteri ni untuk Putrid dan Mama. Itupun selepas mendapat suggestion dari office-mate, Abah pilih Dr. Fauziah, KPJ Ampang Puteri untuk Mama dan Putri menerima pemeriksaan dan yang akan menyambut kelahiran Putri.

Setiap bulan, Abah dan Mama tengok perkembangan Putri dalam perut Mama. Seronok sangat…
Ada sekali tu, waktu Doktor scan perut Mama, nampak Putri tengah gosok mata…rasa best sangat masa tuh…
Doktor cakap… “jari Putri panjang, macam Abah dia”…hehe
Seingat Abah, waktu tu usia Putri 5 bulan dalam kandungan…

Masa terus berlalu, hinggalah pada suatu malam, seperti hari-hari biasa, Abah dan Mama hendak tidur…
Baru seminit Abah lelapkan mata…

“pa....pa...”
“mmm...”
“ada air keluar nih...banyak...”
“hah...”
“air apa nih...”
“ntah...ish...”
“jangan gelabah, cuba call mak...”

Abah dan Mama pelik....takkan nak bersalin dah kot...
Mama tak rasa sakit pulak...
Lagipun ikut kata doktor, due 2 minggu lagi...

Pengetahuan yang cetek membuatkan Abah dan Mama agak keliru dan takut...gelabah jugak la masa tu...lagi-lagi Abah...tapi still maintain cool...
Untuk taknak terjadi apa-apa yang buruk berlaku, dan setelah mendengar nasihat dari Tok kat kampung, Abah buat keputusan membawa Mama ke hospital...

Setelah selamat sampai di hospital, dan setelah menjalani pemeriksaan...
Rupanya masih jauh lagi perjalanan Putri hendak melihat dunia...namun Mama terpaksa bermalam di hospital...dan Papa pulang ke rumah untuk menyiapkan apa-apa yang perlu untuk dibawa esok...

Jam 4.00 pagi
Abah sampai di rumah dan cuba melelapkan mata...sambil cuba untuk menerima kenyataan yang Abah bakal menerima cahaya mata yang pertama...

Seawal jam 6.00 pagi, Abah bangun tergesa-gesa dan tergopoh gapah mencari serta mengumpulkan semua barang-barang yang perlu dibawa ke hospital…sebabnya, Abah merasakan dah lambat nak jumpa Mama…
Kira-kira jam 7.00pagi, abah sampai kat Labour Room APSH, dan dalam perjalanan menuju ke bilik mama (346), sebaik abah melintasi kaunter nurse,

“isteri kena puasa yer encik”…

Alamak…kesian Mama…dah la malam semalam makan kuew teow tomyam separuh mangkuk…pagi nih pulak kena puasa…hmmm…tentu Mama lapar sangat…

Sampai jer bilik, Mama dah dok terjaga, tak boleh tidur katanya semalam…
Sayu hati Abah tengok keadaan Mama waktu tu, entah kenapa, Abahrisau dan takut kalau ada apa-apa terjadi yang akan menyebabkan Abah kehilangan Mama..tapi Abah kuatkan semangat, tawakal kepada Allah, berharap semuanya berjalan dengan sempurna.

Pengalaman Pertama


Kepada anak abah yang disayangi, blog ini sekadar luahan perasaan Abah dan Mama, bercerita tentang betapa terujanya menerima kehadiran Putri dalam hidup kami.

Tak kiralah apa, Abah dan Mama bersyukur sangat-sangat dengan kehadiran Putri.

Segala kenangan, pahit dan manis sepanjang kehadiran Putri, abah coretkan disini. Moga suatu hari nanti, bila Putri baca coretan ini, ketahuilah bahawa Abah dan Mama teramat sayangkan Putri.

Segalanya bermula pada suatu petang…
Tanda positif pada “pregnancy test” membuatkan Abah agak terkejut. Cepatnya…

Macam tak percaya jer, sebab tu Abah buat keputusan ajak Mama buat ujian kat hospital, dan selepas mendapatkan pengesahan daripada Medical Officer, KPJ Tawakkal , maka betullah Mama disahkan pregnant dan mulai detik itu jugalah Putri membesar selama 9 bulan dalam perut Mama.

Waktu doctor cakap, “Congratulations”…

Perghh…tak taulah nak cakap macam mana perasaan Abah ketika tu, gembira ada, macam tak percaya pun ada, terkejut…semua-semua la…
Hari berlalu, minggu berganti minggu, bulan demi bulan…begitu cepat masa berdetik…
Pada minggu-minggu pertama Mama mengandungkan Putri, sedikit demi sedikit simptom-simptom orang mengandung dapat Abah perhatikan pada diri Mama…

Ada yang Abah boleh terima bulat-bulat… ada juga yang membuatkan Abah agak terasa…

Waktu tu, seingat Abah...
Mama tak boleh bau badan Abah, busuk katanya…tidur pun kena jauh-jauh…sedih kan?…huhu
Bila naik kereta, waktu “on aircond”, kena buka tingkap dulu, biar angin luar masuk dulu, udara aircond yang keluar mula-mula tu buatkan Mama loya…

Ermm…tu antara yang Abah ingatlah…rasanya banyak lagi kot…tapi Abah tak berapa ingat…
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting