Kalau Abah nak ceritakan suka duka Abah dan Mama sepanjang Putri berada dalam kandungan, tentu sekali terukir senyuman di bibir Abah dengan telatah Mama, apabila kesabaran Abah yang tak dapat dikawal dan hati Mama yang tersangatlah tipis dan mudah terguris, pasti meninggalkan sejarahnya yang tersendiri.
Selama 9 bulan itu juga, banyak perkara baru yang Abah dan Mama belajar.
Perkembangan Putri dalam kandungan kami belajar pada setiap bulan. Semuanya pengalaman yang teramat indah untuk kami rasai.
Saat apabila Putri sudah mula memberikan pergerakan, dan Abah dan Mama dapat rasakan pergerakan Putri itu dengan meletakkan tapak tangan kami di perut Mama. Saat ketika Putri rancak bergerak dan bila Mama panggil Abah, terus Putri diam, macam dengar jer Mama panggil Abah.
Kenangan itu terlalu berharga pada diri Abah.
Setiap masa juga, doa sentiasa meniti di bibir Abah agar Putri dan Mama diberikan kesihatan yang paling sempurna.
Ha..Abah ada teringat satu lagi simptom masa Mama mengandungkan Putri, waktu tu makan Roti John, Abah makan biasa jer, tapi Mama kata ada rasa kulit telur…beriya-iya Mama nak suruh Abah percaya tentang perasaan lidah dia tu…tapi Abah senyum jer…hehe
Dan satu lagi, sifat pelupa Mama, menjadi-jadi…terlupa letak handphone kat mana la, terlupa nak bawa payung balik rumah la, itu la, ini la…entahla, sememangnya Mama tu pelupa ke, atau disebabkan pregnant, Abah pun tak dapat nak pastikan…haha
Namun semuanya diharungi dengan pelbagai perasaan. Ada ketika sedih, menangis mengalir air mata…ada ketika ketawa berdekah-dekah…
Persediaan untuk menerima kehadiran Putri telah pun Abah dan Mama lakukan sejak usia Putri 5 bulan dalam kandungan.
Terima kasih kepada Mak Long, Pak Long, dan yang paling penting Tok dan Tok Wan kat Kedah yang paling banyak berjasa dalam memastikan kesihatan Putri terjamin. Sampai demam-demam Tok bila asyik berulang alik Kedah-KL…
Dari sekecil sarung kaki hinggalah sebesar rumah kami fikirkan. Semuanya kerana Putri. Berpindah dari Seri Petaling, KL ke Taman Saga, Ampang semata-mata untuk memastikan Putri mendapat pengasuh yang baik selepas 3 bulan berpantang bersama Mama.
Selepas hampir 9 bulan dan ketika semuanya kami pastikan lengkap, maka bermulalah detik Abah dan Mama menghitung hari…
0 comments:
Post a Comment