Monday, June 27, 2011

KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital

Monday, June 27, 2011
Abah pilih hospital KPJ Ampang Puteri ni untuk Putrid dan Mama. Itupun selepas mendapat suggestion dari office-mate, Abah pilih Dr. Fauziah, KPJ Ampang Puteri untuk Mama dan Putri menerima pemeriksaan dan yang akan menyambut kelahiran Putri.

Setiap bulan, Abah dan Mama tengok perkembangan Putri dalam perut Mama. Seronok sangat…
Ada sekali tu, waktu Doktor scan perut Mama, nampak Putri tengah gosok mata…rasa best sangat masa tuh…
Doktor cakap… “jari Putri panjang, macam Abah dia”…hehe
Seingat Abah, waktu tu usia Putri 5 bulan dalam kandungan…

Masa terus berlalu, hinggalah pada suatu malam, seperti hari-hari biasa, Abah dan Mama hendak tidur…
Baru seminit Abah lelapkan mata…

“pa....pa...”
“mmm...”
“ada air keluar nih...banyak...”
“hah...”
“air apa nih...”
“ntah...ish...”
“jangan gelabah, cuba call mak...”

Abah dan Mama pelik....takkan nak bersalin dah kot...
Mama tak rasa sakit pulak...
Lagipun ikut kata doktor, due 2 minggu lagi...

Pengetahuan yang cetek membuatkan Abah dan Mama agak keliru dan takut...gelabah jugak la masa tu...lagi-lagi Abah...tapi still maintain cool...
Untuk taknak terjadi apa-apa yang buruk berlaku, dan setelah mendengar nasihat dari Tok kat kampung, Abah buat keputusan membawa Mama ke hospital...

Setelah selamat sampai di hospital, dan setelah menjalani pemeriksaan...
Rupanya masih jauh lagi perjalanan Putri hendak melihat dunia...namun Mama terpaksa bermalam di hospital...dan Papa pulang ke rumah untuk menyiapkan apa-apa yang perlu untuk dibawa esok...

Jam 4.00 pagi
Abah sampai di rumah dan cuba melelapkan mata...sambil cuba untuk menerima kenyataan yang Abah bakal menerima cahaya mata yang pertama...

Seawal jam 6.00 pagi, Abah bangun tergesa-gesa dan tergopoh gapah mencari serta mengumpulkan semua barang-barang yang perlu dibawa ke hospital…sebabnya, Abah merasakan dah lambat nak jumpa Mama…
Kira-kira jam 7.00pagi, abah sampai kat Labour Room APSH, dan dalam perjalanan menuju ke bilik mama (346), sebaik abah melintasi kaunter nurse,

“isteri kena puasa yer encik”…

Alamak…kesian Mama…dah la malam semalam makan kuew teow tomyam separuh mangkuk…pagi nih pulak kena puasa…hmmm…tentu Mama lapar sangat…

Sampai jer bilik, Mama dah dok terjaga, tak boleh tidur katanya semalam…
Sayu hati Abah tengok keadaan Mama waktu tu, entah kenapa, Abahrisau dan takut kalau ada apa-apa terjadi yang akan menyebabkan Abah kehilangan Mama..tapi Abah kuatkan semangat, tawakal kepada Allah, berharap semuanya berjalan dengan sempurna.

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting